Kempen Internet Selamat @ SK Tanjung Penasu
8 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari ini NADI Rantau Panjang telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SK Tanjung Penasu, Sibu, Sarawak. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan langkah-langkah untuk melayari internet dengan selamat. Setiap peserta memberikan kerjasama dan respon yang baik semasa aktiviti berlangsung.
Objektif Program:
- Membina asas kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan kesedaran tentang had umur dalam penggunaan media social.
- Mengajar tiga peraturan Internet: Menjaga kerahsiaan diri, serta mengenali dan melaporkan kandungan tidak selamat.
- Menumpukan kepada pembentukan tabiat digital yang sihat, serta pemahaman hak dan tanggungjawab dalam talian
Tarikh : 07 Oktober 2025 (Selesa)
Masa : 10.30am - 11.30am
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: